Langsung ke konten utama

Ibn Taymiyyah


BAB DUA

SEJARAH IBN TAYMIYYAH DAN PERSEKITARANNYA



2.1. Pengenalan

Keperibadian seseorang tokoh dibentuk oleh suasana persekitaran semasa hayatnya, kecenderungan berfikir pada zaman tersebut turut mempengaruhi pemikirannya. Latar belakang keluarga dan pendidikan yang diperolehi juga merupakan faktor yang sangat penting. Oleh itu, bagi menyelami keperibadian dan corak pemikirannya, terlebih dahulu dihuraikan keadaan dan situasi semasa hayatnya dan persekitarannya, sama ada keadaan politik, ekonomi, sosial mahupun aliran keagamaan.
Seterusnya. latar belakang peribadi Ibn Taymiyyah; nama, kelahiran, pendidikan, guru-gurunya, murid-muridnya, keperibadiannya, dan keilmuannya. Pada bahagian akhir dari bab ini dihuraikan kehidupannya dalam rumah tahanan, kematian, dan pandangan ulama terhadap kefakannya.
           Perkara ini telah banyak dibincangkan oleh pengkaji terdahulu sama ada dalam karya tulis dan kajian yang membentangkan perjuangan, pemikiran, dan sejarah kehidupan Ibn Taymiyyah. Antara  lain buku: Siyar ’Alam al-Nubala[1], al-A’lam al-’Aliyyah fi Manaqib Ibn Taymiyyah[2], Bidayah wa al-Nihayah[3], al-’Uqud al-Durriyyah fi Manaqib Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah [4], Dhayl Tabaqat al-Hanabilah[5], Mihnah Ibn Taymiyyah Yarwiha Binafsihi Yauman Bi Yaumin[6], al-Turjumah Al-Zahabiyyah Li ’A’lami al-Taymiyyah[7], Waqafat Bahiyyat min Hayati Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah[8], Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah [9], al-Risalah Al-Zakiyyah fi Sana al-Aimmah ’ala Ibn Taymiyyah[10], ’ala Sahili Ibn Taymiyyah[11], Lamhat min Hayati Syaikh al-Islam Ibn Taymiyyah[12], Ibn Taymiyyah Lam Yakun Naa Syobiyan[13]
2.2. Ibn Taymiyyah dan Cabaran pada zamannya
       2.2.1. Suasana Politik                               
Selepas berkuasa selama lima abad (750-1258M)[14], akhirnya kerajaan Bani Abbasiyah mengalami masa-masa kemunduran. Pada asasnya kemunduran tersebut sudah berlaku pada akhir penghujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah pertama iaitu pada masa khalifah al-Makmun (814-833M), al-Mu’tashim (833-842M), dan al-Watsaq bi Allah (842-847M)[15].
Perkara yang memperlemah kerajaan Bani Abbasiyah ialah konflik dalaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin kerajaan Bani Abbasiyah[16]. Konflik ini dimanfaatkan oleh para pendatang baru, seperti puak Turki yang kemudian menguasai sistem pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Bahkan puak Turki mendirikan kekuasaan di wilayah kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah dan menguasai Baghdad. Kerajaan Bani Abbasiyah tidak lagi memiliki kekuatan yang kuat, kerana para khalifah sesudahnya hanya merupakan lambang daripada pemerintahan yang dikuasai oleh al-Atrak (Mamluk)[17].
Pada abad ke-13 M berlaku peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam. Pertama, dunia Islam  menghadapi perang Salib yang panjang (490-690H)[18]. Kedua,  bencana yang lebih buruk datang daripada tentera Tartar yang menyerang dan menguasai wilayah   kekuasaan umat Islam. Peristiwa ini telah memusnahkan kekayaan intelektual dan tamadun yang telah ada selama berabad-abad sejak daripada pemerintahan kerajaan Bani Mu’awiyyah. Sebahagian besar daripada warisan tamadun dan intelektual dibakar menjadi abu dan dibuang ke sungai Tigris, serta membunuh jutaan umat Islam. Baghdad dikenali sebagai bandar seribu satu malam yang tersohor dirompak oleh Hulagu Khan   pada tahun 1258 M.[19].
Ibn Katsir berpendapat, bahawa yang menjadi mangsa akibat kejatuhan kota Baghdad ke tangan tentera Tartar ialah di antara 800 ribu orang sehingga 2 juta orang[20].  Sementara itu, al-Ghunaimi dalam bukunya, bahawa ramai cendekiawan dan ulama’ yang dibunuh dan disembelih, dan peristiwa ini berlaku dalam masa hampir 30 hari[21].
Ibn Taymiyyah lahir pada masa pemerintah Sultan Baybars (1260-1277)[22]  yang ketika itu berkuasa ke atas Mesir dan Damsyik. Ketika Sultan Baybars meninggal dunia, Ibn Taymiyyah masih remaja dan berusia 14 tahun.  Sultan Baybars ialah seorang raja muslim paling kuat selepas Shalah al-Din al-Ayyuby. Beliau begitu berminat terhadap urusan-urusan perjuangan. Berkenaan dengannya, Ibn Katsir telah mengatakan:
“Sultan Baybars ialah seorang raja yang penuh kewaspadaan dan  keberanian. Dia tidak pernah lelah terhadap musuh, baik siang mahupun malam. Dia akan selalu menumpas habis setiap musuh Islam dengan segala kekutannya. Allah s.w.t berkenan memberikan pertolongan dan kemenangan terhadap Islam dan umatnya sekali gus memporak-porandakan musuh-musuhnya sama ada daripada Eropah, Tatar dan kaum musyrikin. Allah s.w.t menghancurkan para penipu dan menghapuskan orang-orang fasik di negeri itu. Sultan Baybars tidak pernah melihat suatu kerosakan, kecuali dia akan berusaha keras untuk menghilangkannya[23].
Wilayah kekuasaannya  luas dan pemerintahan kerajaannya dengan sangat baik sehingga bertambah meluaslah kekuasaannya terbentang hingga sungai Efrat di sebelah timur dan akhir sempadan Sudan di bahagian Selatan. Mesir menjadi pusat pemerintahannya sedangkan Kaherah tempat tinggal pemimpin yang mengendalikan dinamika ilmu pengetahuan, politik dan kebudayaan bagi dunia Islam pada masa itu. Sultan Baybars kembali mengangkat seorang khalifah daripada kalangan kerajaan Bani Abbasiyah pada masa pemerintahannya. Sultan Baybars sangat berminat terhadap pembangunan sekolah dalam jumlah yang sangat banyak di Kaherah, sehingga menjadi tumpuan para peminat ilmu daripada pelbagai kawasan yang jauh[24].
 ‘Ali Ibrahim  dalam Tarikh al-Mamalik menyatakan bahawa Sultan al-Zahir Baybars, telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Mamalik dengan bertindak ke atas tentera salib yang masih ada di wilayah-wilayah Islam dengan melakukan tindakan pembersihan. Antara wilayah-wilayah yang dilakukan tindakan pembersihan adalah:
1.      Pada tahun 663 H, menawan Kota Qaysarah[25].
2.      Pada tahun 665 H, menawan Safd.
3.      Pada tahun 666 H, menawan Syaqif, Yafa, Tarabulus dan Antaqiyah[26].
Kerajaan Mamalik (648-923H/1250-1517M)[27] yang membangunkan kekusaannya di Damsyik dan Mesir merupakan kerajaan penting yang berkuasa semasa hayat Ibn Taymiyyah. Beliau menyaksikan sendiri konfrontasi perebutan kuasa semasa kerajaan Mamalik berkuasa, sama ada dengan pihak asing ataupun  sesama kerajaan Islam.
Sokongan besar pasukan Mamalik dalam bahagian akhir perang salib juga merupakan salah satu peristiwa penting keberadaan kerajaan ini yang tidak dapat dinafikan. Pada bahagian lain kerajaan Mamalik ini juga berhasil menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa negara, termasuk negara-negara di kawasan Eropah. Bahkan pada masa kerajaan inilah berlaku beberapa rundingan penting dengan pasukan salib yang dinilai unik kerana berlaku ketika perang masih berlangsung[28].
Konflik dalaman merupakan salah satu penyebab ketidakstabilan kerajaan Mamalik, di samping adanya desakan kekuatan asing sebagai faktor luarannya. Namun demikian, setidaknya ada beberapa orang tokoh yang menorehkan cacatan penting bagi kemajuan dunia Islam pada masa itu. Antara beberapa pemimpin yang banyak disebut sebagai cermin kemajuan Mamalik adalah Baybars, Qalawun  (m 690H) dan Nasir Muhammad Ibn Qalawun (1309-1341)[29].
Pada masa sultan Nasir misalnya berlaku beberapa kemajuan dan pembaharuan dalam bidang politik dan ekonomi. Sultan Nasir sendiri dikenal sebagai penguasa Mamalik yang paling besar menaruh perhatian dalam lapangan ilmu pengetahuan. Dia sangat menghormati dan memberi penghargaan besar kepada kaum terpelajar. Oleh sebab itu, pada masa ini terdapat ulama’ ternama dengan karya-karya ilmiahnya yang sangat beragam. Pada masa Sultan Nasir inilah Ibn Taymiyyah memperoleh beberapa kesempatan akademik yang luas.[30].
Ketika kekuasaan politik Islam di Baghdad mulai pudar, dan pengawasan terhadap wilayah mulai lemah, banyak wilayah berusaha untuk membangunkan otonominya sendiri daripada kekuasaan berpusat di Baghdad. Ketika itulah muncul era baru dalam sejarah dunia Islam iaitu kekuatan Islam terpolarisasi (terpecah) kepada beberapa kekuasaan kerajaan kecil, sama ada di Timur ataupun di Barat. Namun demikian, sebahagian besar kerajaan tersebut secara formaliti tetap mengakui Baghdad sebagai pusat kekuasaan. Mereka tetap meminta perakuan setidaknya secara spiritual  atas kekuasaan yang dibangunnya. Meskipun ada fenomena lain yang muncul iaitu kekuasaan tersebut berkembang menjadi kekuatan pembangkang daripada khalifah Baghdad.
Keberadaan kerajaan kecil ini dari segi lain mempunyai erti penting bagi kesinambungan kekuatan politik Islam. Kerajaan tersebut ternyata menjadi pendukung bagi kekuatan berpusat. Beberapa serangan yang ditujukan untuk melumpuhkan Baghdad berhasil patah di tangan beberapa kerajaan kecil yang bertebaran di pelbagai penjuru hingga saat kehancuran Baghdad pada tahun 1258M[31].
Daripada huraian di atas dapat difahami, bahawa peristiwa penting daripada kerajaan Mamalik dalam peta politik Islam  antaranya; adalah peranan besarnya dalam membangun kembali kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah di Mesir selepas hancurnya Baghdad. Baybars salah satu penguasa Mamalik yang berhasil melindungi dan sekali gus membaiat salah seorang keturunan kerajaan Bani Abbasiyah yang selamat daripada tentera Tartar ketika penyerbuan Baghdad, iaitu al-Mushtanshir sebagai khalifah Abbasiyah di Mesir.
Terdapat dua peristiwa penting berkenaan keadaan dunia Islam  pada masa hayat Ibn Taymiyyah  yang juga merupakan penyebab kehancuran Baghdad (1258M). Pertama, semakin terbuka disintegrasi dan pertikaian dalaman umat Islam yang disebabkan tidak adanya satu otoritas setidaknya daripada sudut spiritual yang menjadi pusat kekuatan dunia Islam. Kedua, kehadiran kuasa asing yang tidak dibendung. Konflik dengan kekuatan kuasa asing itu sendiri pada dasarnya merupakan perkara lama yang telah merentasi sejarah sehingga membentuk suatu dendam berkepanjangan.
Menurut pengkaji keadaan seperti inilah menjadi gambaran latar belakang hayat Ibn Taymiyyah. Beliau hayat dalam situasi sosial politik dunia Islam yang telah mencapai titik kronik. Penglibatan Ibn Taymiyyah dalam beberapa polemik yang timbul atas keadaan tersebut sedikit banyaknya berpengaruh pada pemikirannya.
       2.1.2. Suasana Kemasyarakatan
                 Suasana masyarakat yang dilanda peperangan terus menerus, sangat mempengaruhi kehidupan dan budayanya, menumbuhkan rasa saling curiga, takut, cemas yang berlebihan, sehingga untuk membangunkan ekonomi, pendidikan, dan budaya tentunya tidak menjadi pilihan utama.  Perkara apa yang dapat diharapkan oleh suatu masyarakat apabila ditengah kehidupan mereka berlaku kekacauan dan rusuhan, ketika pemerintahan silih berganti. Masyarakat tidak pernah menikmati kesejahteraan dan kestabilan. Kehidupan mereka dalam kemiskinan, kebodohan dan ketinggalan dalam banyak aspek. Selain timbulnya peperangan dan kekacauan, berlaku juga bencana alam, seperti; gempa bumi, dan kemarau yang sering berlaku pada masa itu[32].
Pada tahun 656 H, munculnya  wabak penyakit berjangkit di wilayah Damsyik, sehingga tidak ada lagi yang mahu memandikan mayat, kerana bimbang mengalami jangkitan penyakit  daripada mayat. Pada tahun 680 H, Damsyik dilanda banjir besar hampir menenggelamkan bandar. Pada tahun 694 H, Mesir dilanda kemarau dikuti dengan kenaikan harga barang-barang keperluan hidup sehingga tidak terjangkau oleh masyarakat untuk membeli[33].
Pada tahun 718 H, berlaku bencana kelaparan di wilayah Damsyik dan Mosul, serta menyebabkan kenaikan harga-harga barang keperluan hidup sehingga ada ibu terpaksa menjual anak-anak mereka kepada orang-orang keristian, juga menyebabkan masyarakat meninggalkan rumah berpindah ke wilayah lain dan banyak daripada mereka mati kelaparan. Pada tahun 720 H, Damsyik dan Mesir dilanda bencana gempa bumi. Pada tahun 723 H, Mesir kembali dilanda banjir besar[34].
Dalam suasana kemiskinan dan kebodohan itu, kecurian dan rompakan tidak terhad, sehingga rombongan jamaah haji juga tidak aman daripada dirompak. Sementara itu, terdapat masyarakat yang hidup dalam kemewahan. Mereka terdiri daripada sultan, dan mereka yang dekat dengan kerajaan. Pola kehidupan mereka tidak setanding kehidupan rakyat pada lazimnya, yang hidup dalam keterbatasan, kesusahan, dan kemelaratan. Para sultan dan kakitangan kerajaan hidup dalam kemewahan. Selanjutnya hakim dan juga fuqaha’ mendapat kemudahan dan bantuan daripada sultan[35].
       2.1.3. Suasana Keagamaan dan Mazhab Pemikiran

     Kesan daripada cabaran; politik dan sosial menimbulkan perpecahan dan fanatisme dalam kalangan umat Islam. Kerinduan umat Islam akan munculnya kembali institusi yang menyatukan mereka sekali gus mendorong mereka bergabung dalam kelompok-kelompok tertentu, seperti terlihat dengan amalan tasawuf[36].
Kedaan ini juga memicu perkembangan sikap tidak perduli dalam kalangan umat Islam terhadap keadaan lingkungannya. Antara lain sebahagian umat Islam banyak yang lebih memilih untuk lepas tangan dan tidak mahu terlibat dengan keadaan tersebut. Keputusasaan mereka yang diterjemahkan protes sosial, iaitu berkonsentrasi pada kehidupan batiniah dengan meninggalkan segala sesuatu yang  duniawi. Perkara inilah yang disebut-sebut sebagai faktor utama penyebab berlakunya jumud pemikiran dalam dunia Islam[37].
Adapun keragaman agama dan aliran yang berkembang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, golongan Syi’ah Rafidhah[38]. Ditambah dengan maraknya keyakinan ‘bersatu dengan tuhan’ (ittihad)[39], ‘Tuhan melekat dengan makhluk’ (hulul), serta fahaman ‘wihdah al-Wujud’ oleh Ibn ‘Arabi[40] dikenali dengan Pateisme yang mengingkari akal dan meninggalkan ajaran agama. Beliau mendapatkan sokongan penuh daripada al-Malik al-Muzaffar Baybars al-Jashangir,  syaikh Nashr al-Munbaji dan Ibn al-Makhluf (hakim kerajaan)[41].
Dalam perkara hukum, telah berlaku penyimpangan besar sebagai akibat daripada penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Eropah dan bangsa Tartar. Tartar telah meninggalkan dan mewarisi adat istiadat serta dasar undang-undang yang dibuat tentera Tartar dalam kitab mereka yang masyhur (al-Yasat), mereka memuliakan undang-undang seumpama mengagungkan ajaran Islam. Ibn Katsir menyebutkan dalam al-Bidâyah wa al-Nihâyah bahawa undang-undang yang dimaksudkan ialah ‘hukum serba bunuh’ terhadap pelanggar, tanpa melihat keadilan syari’at Islam[42].

Di sisi lain, sekelompok ahli falsafah berusaha keras untuk menyebarkan ajaran-ajarannya sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan. Mereka melepaskan ikatan ajaran agama dan ajaran para Nabi. Di samping itu ada pula kelompok lain berusaha mensejajarkan falsafah dengan ajaran gama dan dalil akli dengan dalil nakli (wahyu). Kedua kelompok itu ialah pengikut setia Aristoteles dan Plato yang menganggap suci pemikiran-pemikiran dan teori keduanya. Bahkan mereka mempercayai kebenaran dan keutamaan ilmu keduanya. Mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang di atas kemampuan manusia biasa. Mereka tidak mengakui adanya kesalahan pada pemikiran dan konsepnya”[43].
Said Abd al-’Azhim dalam bukunya Ibn Taymiyyah al-Tajdid al-Salafyi wa Da’wah al-Islahiyyah mengatakan pada masa hayat Ibn Taymiyyah, ilmu kalam (ilmu ketuhanan/teologi) timbul untuk melawan dan membendung falsafah, serta untuk membela ajaran agama. Walau bagaimanapun, ilmu kalam kemudian dipengaruhi dengan falsafah hingga menjadi "Falsafah Agama",  mempunyai model dan kaedah yang sama dengannya, dan mengulangi kesalahan yang sama. Falsafah agama ini ialah falsafah ketuhanan  yang menyalahi kaedah ahl al-Sunnah wa al-Jamah dan terpengaruh dengan pemikiran Yunani. Semestinya pada awal kemunculan falsafah agama ini muncul untuk melawan falsafah Yunani[44].
Sesiapa sahaja yang memperhatikan keadaan pada masa ini pasti berpendapat bahawa umat Islam telah terperangkap oleh akidah dan aliran pemikiran yang menyimpang sepertimana yang dilakukan Yahudi dan Nasrani terhadap agamanya, serta banyak dalam kalangan mereka yang menjadikan kuburan nabi atau orang soleh sebagai masjid. Umat Islam tidak menyedari  bahawa mereka telah berperilaku seperti orang-orang kafir, memasukkan syiar dan amalan orang kafir ke dalam ajaran Islam. Mereka hadir pada hari raya mereka, serta menyerupai kebiasaan mereka[45].
      Berdasarkan huraian di atas dapat difahami, bahawa keadaan masyarakat Islam semasa hayat Ibn Taymiyyah sangat beragam, sama ada dalam perkara puak bangsa, status keagamaan, aliran, budaya dan hukum yang dianuti,  di suatu wilayah yang sedemikian itu, akan mudah timbul kerawanan-kerawan bagi kehidupan bernegara. Khususnya dengan banyaknya agama yang berbeza, apatah lagi dengan aliran dan mazhab yang berlainan mengakibatkan sukarnya mewujudkan kestabilan politik, keserasian sosial kemasyarakatan. Ibn Taymiyyah hayat pada masa dunia Islam mengalami puncak pemisahan politik, rosaknya sosial dan buruknya akhlak serta moral[46].
Menurut pengkaji, kehadiran Tartar ke pusat tamadun Islam di Baghdad telah menimbulkan dua kecenderungan. Pertama, masuknya amalan-amalan kehidupan dan keagamaan yang bersifat mistis dan kemudian mencemari akidah dan akhlak umat pada masa tersebut, iaitu  penyimpangan daripada ajaran Islam. Kedua, kejatuhan politik Islam, sehingga umat Islam menjadi lemah. Sebagai akibat daripada dua perkara tersebut, umat Islam mengalami krisis secara akidah, merosot secara akhlak, lemah secara politik, dan jumud secara pemikiran. Dalam suasana yang demikian itulah, muncul gerakan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ’an al-munkar berasaskan  dan al-Sunnah sepertimana dipelopori oleh Ibn Taymiyyah untuk memperbarui cara berfikir dan cara hidup umat Islam.
       2.1.4. Suasana Ilmiah
           
                 Perkembangan ilmu yang pesat di Mesir dan Damsyik, telah membawa kepada lahirnya ramai ulama’ yang terbilang bersama dengan kitab-kitab karangan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh sebab Ibn Taymiyyah dibesarkan dalam suasana demikian, maka tidak hairanlah beliau mencontohi ulama’ daripada sudut kesungguhan menuntut ilmu dan menghasilkan karya penulisan.
Kebangkitan ulama’ besar diawali dengan munculnya mujaddid Islam dan ulama’ yang ahli dalam bidangnya masing-masing.  Pada masa pertengahan. Antara lain Taqi al-Din Abi Amr Ibn al-Shalah (577-643 H.), ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam (578-660 H), al-Imam Muhy al-Din al-Nawawi (631-676 H.),  fakar hadith Taqi al-Din bin Daqiq al-‘Ied (625-702 H.), fakar ushuluddin dan ilmu Kalam seumpama ‘Ala al-Addin al-Bajy (631-714 H.), sedangkan ulama’  hadith dan sejarahawan yang semasa dengan Ibn Taymiyyah ialah Jamal al-Din Abi al-Hajaj al-Mazy (654-742 H) al-Hafidz ‘ulum al-Din al-Barzaly (665-739 H) dan Syam al-Din al-Dzahabi (673-747 H) menegakkan “al-Arkan al-Arba’ah” untuk al-Hadith dan riwayat. Selain itu, Nashir al-Din al-Tusi (M 673 H)[47].
Berdasarkan suasana keilmuan pada zaman Ibn Taymiyyah, al-Ghunaimi berpendapat, bahawa Ibn Taymiyyah dilahirkan dalam suatu keadaan yang mana berlaku perkembangan ilmu yang begitu pesat. Bahkan, di antara faktor utama yang mendorong beliau meminati bidang ilmu kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan[48].
Walaupun Sultan Mamalik mendampingi para ulama’ dengan tujuan untuk mempertahankan kepentingan politik mereka, namun begitu wujud suasana keilmuan yang dapat dibanggakan, terutama sekali apabila dihubung kaitkan dengan kejatuhan bandar Baghdad pada tahun 656 H, yang menyebabkan ramai ulama’ dan ilmuwan menjadi mangsa, banyak khazanah ilmu pengetahuan telah dimusnahkan oleh tentera Tartar[49].
Di antara perkara yang dilakukan oleh mereka ialah :(i) Mewujudkan Qadi Qudat (Qadi Besar) dengan melantik wakil daripada keempat-empat mazhab (Syafi‘i, Hanafi, Maliki dan Hanbali)[50]. (ii) Mendirikan masjid-masjid baru ataupun memakmurkan masjid yang sedia ada. Mengikut catatan al-Maqrizi, pada masa pemerintahan Kerajaan Mamalik, terdapat kira-kira 52 buah masjid dan kira-kira 89 buah masjid jamik[51].  Di antara masjid jamik yang dikenali dengan asjid  Jamik al-‘Amr. Ramai ahli fikah dan ulama’ yang memakmurkan masjid ini sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan seperti ‘Abd al-Wahhab bin al-Hasan al-Wajih al-Bahnasi[52]. (iii) Mendirikan sekolah-sekolah yang baru di samping memajukan sekolah yang sedia ada. Menurut al-Maqrizi, jumlah sekolah yang terdapat pada masa tersebut ialah kira-kira 73 buah[53].
Sekolah yang terkenal ialah sekolah Salahiyah Nasiriyah yang telah diasaskan oleh Sultan al-Nasir Solah al-Din al-Ayyub, sultan pertama Kerajaan Ayyubiyyun pada tahun 572 H[54].
Berdasarkan huraian di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa sebelum dan selepasnya Ibn Taymiyyah lahir suasana persekitarannya sama ada dalam bidang;  politik,  kemasyarakatan dan keilmuan  telah berlaku dua peristiwa penting dalam dunia Islam. Pertamanya, berlaku kejatuhan bandar Baghdad ke tangan tentera Tartar pada tahun 656 H/1256 M.  
Ibn Katsir berpendapat, tentera Tartar di bawah pimpinan Hulagu Khan telah membunuh khalifah al-Mu‘tasim bil Lah yang ketika itu berusia 46 tahun. Mereka juga telah membunuh dua orang puteranya iaitu Abu ‘Abbas Ahmad yang berusia 25 tahun dan Abu Fadl ‘Abd al-Rahman yang berusia 23 tahun. Sementara itu, puteranya yang bongsu iaitu Mubarak dan 3 orang puterinya iaitu Fatimah, Khadijah dan Maryam dijadikan tawanan oleh Hulagu Khan[55].
Peristiwa kedua, yang berlaku sebelum atau selepas kelahiran Ibn Taymiyyah ialah peperangan Salib yang selama  2 abad iaitu daripada tahun 490 H sehingga 690 H. Peperangan ini melibatkan pertempuran antara orang-orang Eropah yang yang beragama kristian dengan umat Islam yang berakhir dengan kemenangan kepada umat Islam[56].
Menurut pengkaji, keadaan semacam inilah yang menjadi latar belakang pemikiran Ibn Taymiyyah. Beliau muncul dalam situasi sosial politik dunia Islam yang telah mencapai titik kronik. Penglibatan Ibn Taymiyyah pada beberapa polemik dan kontroversi yang timbul atas kondisi tersebut sedikit banyak berpengaruh pada pemikiran-pemikiran yang dikemukakannya.
2. 3. Riwayat Hidup
         2. 3.1. Pengenalan
            Sepertimana yang telah dihuraikan oleh pengkaji dalam huraian sebelumnya, Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh yang telah memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan ilmu Islam dalam pelbagai bidang. Bertepatan dengan usaha pengkaji bagi mengkaji pemikiran beliau tentang al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar, maka bab ini akan memberikan gambaran dan fakta yang sahih mengenai beliau iaitu meliputi kelahiran, guru-gurunya, murid-muridnya, kematiannya serta suasana semasa pada zamannya yang banyak mempengaruhinya.
       2. 3.2. Latar Belakang Peribadi

    a). Nama dan Kelahiran
Ibn Taymiyyah ialah salah seorang ulama’ yang dikenali sebagai syaikh al-Islam[57] nama penuh beliau Taqyi al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad[58] (661-728 H)[59] bin ‘Abd al-Halim (627-682 H)[60] bin Majduddin Abu al-Barakat ‘Abd al-Salam (590-652 H)[61] bin ‘Abd Allah bin Abu Qasim bin Muhammad bin al-Khidir bin ‘Ali bin ‘Abd Allah Ibn Taymiyyah  al-Numayri al-Harrani (542-622 H)[62] yang dikenali dengan panggilan  Ibn Taymiyyah al-Harrani[63] al-Dimasyqi al-Hanbali, dilahirkan pada hari Isnin 10 Rabi’ al-Awwal tahun 661 H bersamaan dengan 22 Januari 1263 M di Harran[64]. Bandar Harran terletak di antar Mosul (Iraq), Damsyik dan Turki diapit oleh dua sungai Dajalah (Tigris) dan sungai Efrat.[65] Harran[66] merupakan pusat perkembangan ilmu dan tamadun.  Selanjutnya kota Harran menjadi tempat berkembangnya mazhab Hanbali[67].

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kosa Kata Bahasa Arab (2)

Mufrodat Pakaian dan Perlengkapan (اللباس و الألات الزينية ) معانى مفردات Pakaian لِبَاس  / ثَوْب Setelan مِسْدَرَة Gamis/Kemeja قَمِيْص Baju Dalam شِعَار Jas مِعْطَف Jubah جُبَّة Mantel عَبَاءَة Jas Hujan مِمْطَرَة Kaos Dalam عَرَقِيَّة / فَانِلَّة Sarung إِزَار Kain Panjang فُوْطَة Celana سِرْوَال Celana Dalam سِرْوَال دَاخِلِيّ Celana Panjang بَنْطَالُوْن Celana Cawat تُبَّان Blus بِلُوْزَة Rok Dalam تَنُّوْرَة B.H / Mini Set صُدْرِيَّة Baju Kurung جِلْبَان Saku جَيْب Kancing زِرّ Lobang Kancing عُرْوَة Lengan Baju كُمُّ Kerah Baju تَلْبِيْب Baju Atasan فَوْقَانِيَة Pakaian Biasa لِبَاس عَادِيّ Pakaian Tidur لِبَاس نَوْمِيّ Pakaian Sekolah لِبَاس مَدْرِسِيّ Pakaian O

Percakapan Bahasa Arab Harian

Dialek bahasa arab fasihah dan 'amiyah No Bahasa Amiyah Kalimat Arab dengan Tulisan Melayu Bahasa Fasih Makna 1 عَلَى كَيْفَكْ Ala kaifak على ما تريد أنت Menurut keinginanmu 2 ذا الحين Dzal hin الآن Sekarang 3 زَعْلانْ Za'lan غَضْبَانْ Marah 4 لَصِّ السراج Lasshi siroj وَلَّعْ السراج Hidupkan lampu 5 ماندري واه Manadri wah ما أعرف Gak tau 6 قدينك Qodainak أين أنت Dimana kamu 7 سيكل Cycle دراجة Sepeda 8 مزرم Mizrim غضبان Marah 9 سيكل ناري Cycle nari دراجة نارية Sepeda motor 10

المرأة فى الاحاديث الضعيفة

المرأة في الأحاديث الضعيفة والموضوعة تأليف أبو مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب المرأة في الأحاديث الضعيفة والموضوعة تأليف أبو مالك محمد بن حامد بن عبد الوهاب بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ رحم الله شيخنا الألبانيّ، الّذي عرفنا عن طريقه أثر الأحاديث الضعيفة الموضوعة السّيئ على الأمّة، إذ كلّما قرأت حديثاً موضوعاً تأمّلت واقعه، وتتبعت أثره، حتّى تبينت منهجاً كاملاً، استطاع أن يحوّل الدّين إلى مجموعةٍ من الأساطير، وهي غايةٌ عظمى لأعدائه على مدار تاريخه، فالقضيّة هي: تفريغ أمّةٍ من دينها الصّحيح، واستبدال دينٍ خرافيٍّ جزافيٍّ به، يتهوّك به المتهوّكون، ويسخر منه السّاخرون. وكانت قضيّة ’المرأة‘ إحدى أهمّ القضايا، الّتي شغلتني عند تتبعي للأحاديث الموضوعة، الّتي شاعت بين أوساط النّاس في سقوطنا، وتخلّفنا الاجتماعيّ، فلقد أتى علينا زمانٌ ندعو فيه إلى إبادة إنسانيّة المرأة، ونمارس ’الوأد‘ في صورٍ مختلفةٍ تناسب الدّعوى الجاهليّة، حتّى بلغ الجهل بالمرأة المسلمة ح دا أخفقت معه في تربية أجيالٍ، ممّا مهد لما نجني ثماره اليوم، ممّا هو معلومٌ ومشاهدٌ، حيث كان المجتمع يمارس إر