DOA
Kami mengangkat tangan menadah
Mohon diberi taufik dan inayah
Agar Seminar Dakwah
sampai ke penghujung tanpa masalah
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Curahkan petunjuk hidayah
Pada pemakalah yang bersusah payah
Moga penyampaian lancar dan terarah
Agar pemahaman menjadi mudah
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Perbaiki pemikiran yang salah
Pada hadirin/pendengar yang datang
Agar cahaya ilmu kian berkembang
Moga.. dapat menyuluh jalan dihadapan
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Berikanlah kekuatan semangat dan ketabahan
Pada panitia pelaksana mahupun peserta seminar
Karana persiapan seminar memerlukan pengorbanan dan kesabaran
Jika tidak seminar tak kan kesampaian
اللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Khususnya pada ibu dan bapa
Dalam mengejar hidup bekerja
Meninggalkan mereka dalam derita
يَا اَللهُ
Kami banyak berdosa
Pada ibu tercinta
Kerana isteri dan anak mereka terlupa
Hak dan tanggungjawab yang ada
اَللهُ يَا اَللهُ
Pada ibu bapa mohon kemaafan
Pada Mu Ya Allah mohon keampunan
Atas keterlanjuran kesalahan
Agar... tidak menyesal kemudian
اللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Jadikan kami..
Anak yang kenal arti budi
Tidak takabur meninggi diri
Walau sudah berkedudukkan tinggi
Demi mencari redhaMu ilahi
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
JADIKANLAH ACARA SEMINAR HARI INI ,
SEBAGAI MAJLIS ILMU YANG BERMANFAAT,
YANG MEMBUAHKAN HASIL DAN KESEPAKATAN
UNTUK DAPAT BERMANFAAT BAGI KESEJAHTERAAN
MASYARAKAT DAN BANGSA.
Komentar
Posting Komentar